SM SUNG SIEW (CF) - PERTANDINGAN SHELL NXPLORERS MALAYSIA CHALLENGE 2024
22/09/2024 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) •
From 从 : SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学 Shell NXplorers Malaysia merupakan suatu pertandingan yang diinspirasikan oleh Shell STEM Malaysia dengan bertemakan Food-Water-Energy Nexus.
Pertandingan Shell NXplorers Malaysia Challenge 2024 Tarikh:2 September 2024 (Isnin) Masa:7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari Tempat:Bilik Gerakan SM Sung Siew (CF)
Seramai 41 orang murid yang terdiri daripada 15 pasukan peserta telah bertanding mengikut kategori Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 dalam Pertandingan Shell NXplorers Malaysia Challenge 2024. Setiap pasukan peserta perlu merekacipta projek yang menggunakan Arduino IDE, Mobile Apps, Internet of Think (IoT), 3D Printing untuk menyelesaikan masalah Food-Water-Energy Nexus. 1 pasukan peserta dengan markah tertinggi dalam pertandingan ini akan dipilih untuk mewakili sekolah bagi bertanding di peringkat negeri. Pada Masa yang sama, murid-murid dari tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 4 telah diberi peluang melawat ke tapak pertandingan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Keputusan pemenang pasukan mengikut tingkatan dan pasukan dengan markah tertinggi telah diumumkan pada hari tersebut. Di samping itu, pertandingan ini dapat memberi penghargaan kepada semua murid dan guru pembimbing yang terlibat dalam pertandingan tersebut.
Berikut merupakan keputusan pemenang:
Sung Siew Forever, We Rise Together
![]() |