

Keputusan peperiksaan PMR tahun 2011 telah diumumkan pada 22 Disember 2011.
SMJK Yuk Kwan telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang.
Terdapat 15 pelajar yang mendapat 8A, 5 pelajar yang mendapat 7A dan 5 pelajar yang mendapat 6A.
PPD Kinta Selatan telah menyampaikan Sijil Penghargaan Kuantiti Lulus PMR kepada SMJK Yuk Kwan kerana menunjukkan peningkatan 3 tahun berturutan. Peratus lulus pada tahun 2009, iaitu 39.01% telah meningkat kepada 52.13% pada tahun 2010 dan terus meningkat ke 58.64% pada tahun ini.