

Tuan/Puan
Pengedaran Laporan Prestasi Pembelajaran Murid 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke sekolah untuk membincangkan prestasi pencapaian anak/anak jagaan tuan/puan mengikut ketetapan berikut.
Tarikh : 9 September 2023 (Sabtu)
Masa : 1.00 tengah hari - 4.00 petang
Tempat : Tingkatan 1/2 = Dewan
Tingkatan 3/4/5 = Block Utama
2. Tuan/puan diminta membawa anak/anak jagaan bersama-sama untuk menghadiri perjumpaan ini. Jika tuan/puan menpunyai pertanyaan, tuan/puan boleh bertanya dan berbincang dengan guru tingkatan anak pada masa itu.
3. Kerjasama tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
Chong Fook Yu
Pengetua,
SMJK Perempuan China Pulau Pinang