

Program Kerjaya dengan kerjasama USM Kampus kejuruteraan, Nibong Tebal telah dijalankan pada 14.03.2009 pada 8:00 pagi - 6:00 petang di dewan SMK Krian, Parit Buntar.
Peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan lima - aliran sains dan sastera.
Aktiviti termasuk ceramah kerjaya, perbincangan kerjaya dalam kumpulan kecil, drama kerjaya dan juga stesen game berdasarkan maklumat kerjaya.
Semua fasilitator adalah ahli Ivec ACademic Highway daripada USM, Nibong Tebal.