Nama St. John Ambulans atau lebih dikenali sebagai "St. John" sering dikaitkan dengan Pertolongan Cemas dan perkhidmatan kemanusiaan lain di Malaysia seperti mana di tempat lain di sedunia.
Sebagai organisasi Pertolongan Cemas St. John Ambulans Malaysia SMK Kuching High yang ditubuhkan pada 1971 telah memberi perkhidmatan Pertolongan Cemas dan Perawatan Di Rumah kepada mereka yang memerlukannya dalam pelbagai akativiti dan upacara sama ada yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau swasta. Moto kami "Pro Utilitate Hominum" - Perkhidmatan Bagi Manusia - merupakan tradisi selama seribu tahun dalam berkhidmat kepada yang sakit dan dalam penderitaan. Pegawai dan ahli sukarela ini boleh dijumpai di semua acara sukan, perayaan, perarakan dan upacara besar atau kecil. Mereka sentiasa bersedia untuk berkhidmat, baik hari panas mahupun hujan, dan pada bila-bila.
Ahli berpakaian seragam kami berturut serta dalam Perkhemahan Latihan, Pertandingan, Persidangan, Kursus, Latihan Pegawai Tidak Bertauliah, Seminar, Bengkel, Perjumpaan Mingguan dan lain-lain untuk membolehkan mereka sentiasa dalam keadaan efisien. Kadet, ahli yang lebih muda dalam pergerakan dilatih dengan kemahiran kepimpinan dan kemahiran lain melalui Skim Lencana Kecekapan Kadet untuk menjadikan mereka warga negara yang bertanggungjawab dan sedia memainkan peranan mereka dalam pembangunan negara.
Objektif KamiDiantara tujuan utama organisasi SJAM Kadet adalah seperti berikut:-
- Memberi peluang bagi mencapai objek-objek Perbadanan SJAM
- Menggalakan pemuda pemudi mengikuti gaya hidup selaras dengan Rukun Kadet
- Mengembangkan semangat kerjasama dan toleransi sambil mengambil kira keupayaan diri seseorang Kadet
- Penjagaan Kesihatan Diri
- Menggalakkan pemuda pemudi supaya menggunakan waktu lapang mereka pada aktiviti yang menyeronokkan dengan menyediakan segala kemudahan moden dan penglibatan diri dalam pergerakan belia kebangsaan
- Menjadi pelapis kepada kepimpinan perbadanan apabila mereka memasuki Bahagian Dewasa kelak

PENCAPAIAN KAMI
Persatuan St. John Ambulans Bahagian Kadet Campuran No.1 SMK Kuching High telah mencapai pelbagai kejayaan dalam pertandingan-pertandingan yang telah disertai. Antaranya ialah:
- Johan Kategori Perawatan Kadet Individu dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Malaysia Peringkat Kebangsaan ke 48 2006
- Naib Johan Kategori Perawatan Kadet(Perawatan Rumah) dan Tempat Ketiga Kategori Ambulans Kadet(Kes Pendek) dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Malaysia Peringkat Kebangsaan ke 47 2005
- Johan Kategori Perawatan Kadet dan Kategori Ambulans Kadet dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Sarawak 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007
- Johan Kategori Perawatan Dewasa dan Kategori Ambulans Dewasa dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Sarawak 2006 dan 2007
- Johan Kutipan Terbanyak dalam Hari Bendera St. John Ambulans Sarawak 2002, 2004, 2005 dan 2006.


Perkhidmatan Kami
Tugas Awam Pertolongan Cemas
Bantuan Pertolongan Cemas dan Perawatan Di Rumah merupakan tugas utama St. John Ambulans. Ahli kami dilatih dengan ilmu pertolongan cemas, perawatan yang terkini dan terlibat dalam acara-acara yang memerlukan bantuan pertolongan cemas. Contohnya:
• Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-28 2004
•Kejohanan Olahraga Minggu Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2005
•Pelbagai Pertandingan Sukan MSSM dan MSSS yang dianjurkan di Kuching
• Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan Ke 49 2006
•Reggata Sarawak
•Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2006
•Pelbagai Upacara dan Sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan atau pihak swasta sepanjang tahun.




Perkhidmatan Masyarakat
Dari semasa ke semasa, ahli-ahli St. John melawati rumah warga tua, anak-anak yatim, membawa kegembiraan yang tidak dapat dilupakan
AKTIVITI KAMI
Setiap tahun, persatuan ini telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kemahiran ahli dan mencapai objektif persatuan ini. Antaranya ialah:
- Kursus Pertolongan Cemas dan Perawatan Rumah
- Kursus Kepimpinan Ahli
- Kursus Kawad kaki
- Perbarisan dan Pemeriksaan Tahunan
- Pertandingan Masakan Ala Hutan (Backwood Cooking)
- Perkhemahan Latihan Tahunan
- Kursus Bina Semangat
- Tugas Awam Pertolongan Cemas dan Kebajikan
- Lawatan Sambil Belajar
- Pertandingan Pertolongan Cemas Antara Skuad
- Majlis Malam Penghargaan Tahunan
- Aktiviti Sosial seperti permainan dan nyanyian
- Perjumpaan Mingguan


