![]() ![]() ![]() |
Lawatan Sambil Belajar Kelab Seni Foto 2007
|
Lawatan Sambil Belajar Kelab Seni Foto 2007
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Bukit Cahaya, Shah Alam Pada 11 Ogos 2007, Kelab Senifoto SMJK Kwang Hua Klang, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bukit Cahaya, Shah Alam. Tujuan kami melawat ke sana adalah untuk mengambil gambar tentang pemandangan-pemandangan yang indah dan mengetahui lebih banyak tentang flora dan fauna yang terdapat di sini. Rombongan ini telah diketuai oleh 2 orang guru pengiring, iaitu En Chia Kuei Lai dan En Lee Beng Sun. Sebanyak 40 orang murid telah menyertai rombongan dalam lawatan itu. Kami bertolak pada pukul 9 pagi dengan menaiki bas yang ditaja oleh pihak sekolah untuk kelab kami. Apabila kami sampai di sana, kami dikehendaki berkumpul untuk dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang ditetapkan. Selain itu, taklimat tentang teknik-teknik untuk mengambil gambar, peraturan-peraturan dan perihal disiplin juga telah diterangkan oleh guru-guru pengiring.Selepas itu, kami diberikan makanan untuk mengalas perut sebelum menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Mula-mulanya, kami telah pergi ke persekitran sebuah tasik untuk mengambil gambar. Tasik itu dikelilingi oleh pokok-pokok tirus yang menghijau dan beberapa ekor pepatung yang berwarna merah-kemerahan juga kelihatan terbang di hadapan kita. Terdapat juga bunga-bunga berwarna-warni yang bau harumnya menyebabkan kita tertarik pada kecantikan dan kewangiannya. Suasana itu amat nyaman dan menyergarkan. Kita juga ternampak beberapa ekor monyet yang sedang bermandi-manda di sekeliling tasik itu. Selapas itu, kami dibawa ke Taman Rempas-Ratus dan Buah-buahan. Di situ, kami ternampak perlbagai jenis buah-buahan dan rempas-ratus yang tidak pernah kelihatan oleh kami. Terdapat lada hitam, bunga cengkih, jintan dan sebagainya. Akhirnya, kami berpeluang untuk melawat ke Taman Orkid yang terdapat perlbagai specis bunga-bunga orkid yang berwarna-warni. Selain itu, bunga Water Lily dan Spider Lily juda terdapat dalam taman itu. Kami bertolak pulang pada pukul 1.30 petang. Kami telah tiba di sekolah pada pukul 1.45 petang. Lawatan ini telah memberi banyak faedah kepada ahli-ahli kelab ini sama ada dalam teknik pengambilan gambar, dan juga dalam pengeratan hubungan antara ahli-ahli.
Disediakan oleh, Ch'ng Xin Bei (CH'NG XIN BEI) Ahli Kelab Senifoto, SMJK Kwang Hua, Klang.
17 September 2007
|
|