Perlancaran Hari Alam Sekitar Sedunia
SMK Kuching High
Kelab Alam Sekitar SMK Kuching High telah melancarkan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 26 Jun 2007 di Dewan Sekolah. Majlis Perlancaran Hari Alam Sekitar Sedunia telah disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM yang mewakili Pengetua semasa perhimpunan sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancangkan bersempena majlis ini seperti pertandingan melukis poster, pertandingan syarahan dan aktiviti gotong-royong.

