Berita & Peristiwa 新闻与事件 - Berita Sekolah 学校新闻

A+ A- Reset
 

SM SUNG SIEW (CF) - PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI 2024 昌明大马大扫除
24 May 2024 School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) Di Bawah Fail 文件存於 GOTONG ROYONG MADANI


Pihak PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah, Pentadbir, Guru-Guru, murid-murid serta semua warga sekolah yang lain bersama-sama membersih dan menceriakan kawasan sekolah termasuklah bilik-bilik khas, kebun sekolah dan lorong pejalan kaki melalui Program Gotong-Royong Madani 3.0 hari ini. Aktiviti berlangsung seawal jam 8 pagi ini dimulai dengan majlis pelancaran seterusnya berpecah mengikut kumpulan masing-masing mengikut kawasan yang telah ditetapkan untuk aktiviti kebersihan dan keceriaan.

 

YDP PIBG Dr. Peter Jr Naintin dalam ucapan perasmiannya sempat menjelaskan makna "MADANI" kepada semua murid yang hadir dalam majlis itu. Usaha sama daripada semua pihak penting dalam meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan serta memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti semangat bekerjasama, bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Nilai-nilai murni ini dapat dipupuk menerusi program gotong-royong seperti ini.

 

Pihak sekolah juga berharap melalui program ini hubungan erat antara semua pihak dapat diperkukuhkan lagi demi kemenjadian dan kecemerlangan murid pada masa akan datang.

 

家教协会、学校管理委员会、管理人员、教师、学生和所有学生共同参与昌明大马大扫除,一同清洁和振兴学校场地,包括所有课室、学校花园和行人走廊。昌明大马大扫除于今天早上8点开始,由教师带领学生到各自区域打扫清洁。

家教协会主席Peter Jr. Naintin博士在开幕致辞中向所有出席仪式的学生解释了“MADANI”的含义。各方的共同努力对于提高学生的清洁、开朗程度以及培养学生之间的合作精神、宽容和尊重等良好价值观非常重要。这些崇高的价值观可以通过这样的活动来培养。

学校也希望通过这个项目能够进一步增进教师与学生们的关系,为学生未来的成功和卓越做出贡献。(O05)



Carian 搜索

Tarikh Bermula 开始日期 :
Tarikh Berakhir 结束日期 :
Berita & Peristiwa 新闻与事件 : Berita Sekolah 学校新闻  Berita Kokurikulum 活动新闻   Kalender Peristiwa 行事历 
 
Poskan Komen 发表评论


Please [login] to post comment