![]() ![]() ![]() |
Bengkel Anti-Merokok
|
Bengkel Anti-Merokok Sempena Minggu UBK 2007, Unit Bimbingan & kaunseling telah mengadakan program Bengkel Anti-Merokok. Program ini diadakan pada 29-6-2007 iaitu Jumaat dan tempatnya ialah Dewan Kwang Hua. Program ini dijalankan pada 7.30pagi hingga 10.30pagi. Wakil-wakil dari Yelex telah dijemput untuk mengendalikan program ini. Program Bengkel Anti-Merokok diadakan untuk menyedarkan pelajar-palajar tentang bahayanya merokok dan terbuka kepada sesiapa yang berminat. Sebelum program ini bermula, pensyarah dan fasilitator-fasilitator dari kolej Yelex membahagikan pelajar-pelajar kepada 4 kumpulan untuk menjalankan aktiviti.Fasilitator- fasilitator ditugaskan sebagai pemimpin kepada setiap kumpulan untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti dengan pelajar-pelajar. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah ‘ice-breaking' yang bertujuan untuk mengenali rakan-rakan baru dalam kumpulan sendiri.Kemudian, pensyarah menerangkan keburukan merokok sambil menayangkan ‘slide-show' dan filem pendek. Seterusnya, 4 kumpulan diberi tugas untuk membincang dan membentang maklumat tentang kebaikan dan keburukan merokok serta cara untuk membuang tabiat merokok. Kumpulan ke-4 telah menyampaikan idea yang paling berinformasi dan mereka telah memenangi sebuah ‘hamper' sebagai hadiah. Kumpulan-kumpulan yang lain juga mendapat satu tin minuman. Sebelum bersurai, Pn. Sally menyampaikan sijil penghargaan kepada pensyarah. Semua orang juga berkesempatan mengambil gambar sebagai kenangan. |
|