![]() ![]() ![]() |
Ceramah "Skills to Success"
|
Ceramah "Skills to Success" Selepas program Bengkel Anti-Merokok, ceramah ‘Skills to Success' turut diadakan pada 11:00pagi di bilik ceramah. Ceramah ini diadakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar tentang cara-cara yang terbaik untuk belajar. Ceramah ini hanya terbuka kepada pelajar dari kelas 5S1 dan 5A1 sahaja. En. Daniel R. Kelch, pensyarah dan 2 orang fasilitatornya dari kolej INTI diundang untuk memberi sebuah ceramah yang bertemakan ‘Skills to Success'.En. Kelch memberi penerangan sambil menayangkan ‘slide-show'. Kemudian, pelajar-pelajar diminta berdiri dan melaung slogan ‘I will succeed' dengan sekuat-kuat hati. Seterusnya, En. Kelch memilih seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan untuk menguji daya ingatan mereka terhadap pengetahuan-pengetahuan yang telah dipelajari dengan bermain suatu permainan bernama ‘kad memori'. Sebelum mengakhiri ceramah ini, En. Kelch telah memberi satu dek ‘kad memori' dan sehelai jadual waktu kepada pelajar.
|
|