![]() ![]() ![]() |
Lantikan Pengawas 2007-2008学长团宣誓就职
|
2007-2008年学长团宣誓就职
LAPORAN MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SESI PAGI 07/08 SMJK KWANG HUA
TARIKH : 27 OGOS 2007 MASA : 7.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
Upacara Perlantikan Pengawas Sesi Pagi 2007/2008 bermula pada pukul 7.30 pagi seperti perhimpunan sekolah yang biasa. Para guru dan tetamu kehormat dipersilakan duduk di kerusi yang disediakan di bawah pentas. Para hadirin termasuk Lembaga Pengurus Sekolah Encik Teh Kim Teh, Bekas Pengetua Sekolah, Encik Chan Chan Onn, Pengetua SMJK Kwang Hua, Puan Penolong Kanan, Puan Penolong Kanan HEM, Puan Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru matapelajaran, guru-guru dan para pelajar.
Upacara dimulakan dengan penyampaian tag nama baru dan pengerusi majlis memperkenalkan barisan AJK pengawas pada masa yang sama. Barisan AJK adalah seperti berikut:
Ketua Pengawas : Low Boon Hean Timbalan Ketua Pengawas I : Tan Chay Leng Timbalan Ketua Pengawas II : Lee Yong Keat Setiausaha : Ng Eng Wee Timbalan Setiausaha : Beh Ying Zhen Bendahari : Tan Pang Yang Ketua Kebersihan : Lim Jin Yin Timbalan Ketua Kebersihan : Lee Heng Yee Ketua Eksekutif : Lee Hock Guan Timbalan Ketua Eksekutif : Ong Chelsia Ketua Perhimpunan : Yeo Sheh Yee Ketua PSP : Lee Joo Leen
Selepas itu, para pengawas membaca Ikrar Pengawas dan menyanyi Lagu Pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas, saudara Low Boon Hean dengan penuh semangat. Upacara diteruskan dengan penerimaan bendera sekolah oleh Sarjan Kadet Polis.
Sementelahan, para pengawas yang telah dilantik mewakili semua pelajar sesi pagi untuk memberi cenderamata kepada para guru yang telah banyak berjasa dan berkorban demi sekolah.
Upacara tamat pada 8:20 pagi.
|
|