SMK Kuching High telah mengadakan Perhimpunan Khas Sempena Hari Kemerdekaan 2007 peringkat sekolah pada 30 Ogos 2007 di Dewan Sekolah. Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut sebagai kemuncak Program Bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan 2007. Antara aktiviti yang diadakan ialah menyanyi lagu-lagu patriotik, persembahan koir pelajar, persembahan pancaragam sekolah, deklamiasi sajak dan lain-lain.







