![]() ![]() ![]() |
Program Maju Diri -- " Kursus Kepimpinan"
|
Program Maju Diri - Bengkel Kursus Kepimpinan telah diadakan pada 24 Oktober 2007(Rabu) di dewan Kwang Hua pada pukul 10:15pagi hingga 1:00 tengah hari. Program ini terbuka kepada pelajar yang dari kelas 3A hingga 3F. Tujuan untuk mengadakan program ini adalah untuk menyemai kepentingan kerjasama berpasukan(Team Building) dalam kalangan pelajar dalam kehidupan seharian untuk mencapai sesuatu kejayaan. Pada pukul 10:15 pagi, pensyarah dan fasilitator-fasilitator dari kolej Yelex memulakan Program Kursus Kepimpinan dengan membahagikan pelajar-pelajar kepada 10 kumpulan untuk menjalankan aktiviti.Fasilitator-fasilitator ditugaskan sebagai pemimpin kepada setiap kumpulan untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti dengan pelajar-pelajar. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah "ice breaking" yang bertujuan untuk mengenali rakan-rakan baru dalam kumpulan sendiri. Seterusnya, pensyarah, Steven Chong menerangkan tema bagi program ini iaitu "Team Building & The Way Forward" kepada pelajar-pelajar. Kemudian, permainan pertama " Show ‘n' Tell" dimulakan. Pelajar dikehendaki melakonkan perkataan yang diberikan oleh fasilitator tanpa bersuara. Manakala ahli sekumpulan lain dikehendaki menjawab perkataan tersebut. Markah diberikan. Permainan kedua "The Circle" telah dibatalkan akibat kesuntukkan masa. Progarm diteruskan dengan permainan ketiga" We are contractors". Pelajar dikehendaki bekerjasama untuk membina suatu bangunan yang tinggi dan kukuh dengan menggunakan surat khabar dan pelekat yang diedarkan oleh fasilitator. Selepas itu, pengadil akan memberi markah berdasarkan ketinggian dan kestabilan bangunan itu. Sebelum bersurai, keputusan telah diumunkan. Tempat ketiga ialah kumpulan keenam; tempat kedua ialah kumpulan pertama dan tempat pertama ialah kumpulan ketujuh. Pemenang diberikan "hamper" sebagai hadiah. Semuanya berjalan lancar dan pelajar dapat mempelajari bahawa bekerjasama dapat membuahkan kejayaan. Diharapkan program ini dapat diadakan untuk lebih ramai pelajar. 07 黄嘉盈 3C 报道
07 |
|