About Us 关于我们
-
School Vision 学校宗旨
Mission 任务
School Logo 校徽
School Song 校歌
School History 学校历史
School Motto 校训
Location 位置
Other 其他
Information 资讯
News and Events 新闻与事件
Co-Curriculum 课外活动
Multimedia 多媒体
Web 2.0 互联网 2.0
iSchool Blogs iSchool部落格
Principal's Messages 校长讯息
Salam Sejahtera
17 Aug 2011 School Admin - SMJK SHING CHUNG (PERAK)

Salam sejahtera.
Hari ini, dalam dunia tanpa sempadan, kita perlu bersiap sedia menghadapi pelbagai jenis cabaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan pesat teknologi maklumat. Justeru, amat penting bagi pihak Pengurus SMJK Shing Chung memastikan agar segala dasar dan perancangan yang dibuat dapat memenuhi kehendak masa depan dan persekitaran yang sentiasa berubah.
Pengurusan pihak seekolah merupakan proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penglibatab dan sumbangan semua warga sekolah bagi mencapai sesuatu visi atau matlamat tertentu. Pengurusan sekolah yang berkesan akan menjamin kesinambungan kecemerlangan sekolah.
Perlaksanaan kurikulum kebangsaan di SMJK Shing Chung adalah berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Sekolah, Visi dan Misi Sekolah di mana semua pelajar diberi ruang dan peluang untuk memperkembangkan potensi masing-masing secara holistik dan bersepadu. Pembangunan intelek pelajar melalui P&P yang berkesan di bilik darjah dan dilengkapi dengan pembangunan sahsiah melalui perlaksanaan kegiatan sukan dan kurikulum yang mantap menhasilkan pendidikan berkualiti untuk semua pelajar, selaras dengan matlamat PIPP dan NKRA Pendidikan.
Konsep "Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat" yang diamalkan berjaya melahirkan rasa tanggungjawab bersama di antar sekolah dan masyarakat dalam usaha memajukan sekolah bagi melahirkan modal insan yang bersahsiah tinggi untuk memenuhi keperluan negara maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 dan Misi Nasional.
Harapan saya kepada semua warga sekolah, ibu bapa, masyarakat dan agensi-sgensi kerajaan dan bukan kerajaan agar memberikan sokongan padu dan kerjasama kepada segala usaha mur ni kami untuk merealisasikan Visi SMJK Shing Chung iaitu "Menjadikan SMJK Shing Chung sebuah sekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2015".
Selamat melayari laman web SMJK Shing Chung.
Sekian, terima kasih.