

Percayalah...,
masa hadapan
anda yang mencorakkan
Percayalah...,
nasib diri
anda yang menentukan!
Ibaratkan diri
Sebutir kelapa
terapung di samudera
luas...
Anda mendahagakan
daratan
Anda mencari...
persinggahan!
Berbekalkan
secebis ilmu,
segenggam ketabahan
sejuta harapan
Pasti sampailah anda
ke lembah kejayaan, kebahagiaan
Selamat Maju Jaya.
Ikhlas,
Maggie Low