SM SUNG SIEW (CF) MAJLIS APRESIASI SPM 2023
06/06/2024 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学
MAJLIS APRESIASI SPM 2023
SM Sung Siew (CF), 6 Jun 2024 – Seramai 63 orang murid cemerlang SPM 2023 SM Sung Siew (CF) yang mendapat 7A dan ke atas serta murid yang mencapai GPI 2.00 dan ke bawah yang ditemani ibu bapa serta ahli keluarga bersama Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Pentadbir sekolah, guru-guru dan semua murid tingkatan 5 tahun 2023 diraikan dalam Majlis Apresiasi SPM 2023 yang diadakan di Astaka sekolah. Sebelum majlis penyampaian berlangsung, En. Kwok Chee Yen selaku pengetua sekolah dalam ucapannya sempat menerangkan kepada semua hadirin mengenai pencapaian sekolah. Secara keseluruhannya peningkatan ketara dicatatkan dalam bilangan murid yang mencapai semua “A” dalam semua subjek meningkat sebanyak 12 orang berbanding SPM tahun 2022 iaitu 16 orang murid kepada 28 orang murid pada tahun 2023. Bilangan murid yang layak mendapat sijil (LMS) juga meningkat dari 244 pada tahun 2022 kepada 250 orang murid pada tahun 2023. Jumlah murid yang mendapat 7A dan ke atas juga meningkat dari 46 orang murid kepada 54 orang murid pada SPM 2023 yang lalu. Angka ini menguatkan lagi semangat para pendidik di sekolah ini dalam misi meningkatkan lagi pencapaian SM Sung Siew (CF) pada tahun ini. Pihak sekolah khasnya daripada Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG, Pentadbir sekolah, guru-guru serta warga sekolah yang lain mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid cemerlang. Semoga kecemerlangan ini tidak berhenti di sini dan akan terus melakar kecemerlangan di mana saja anda berada selepas ini. “Sung Siew Forever, We Rise Together”
2023 年度SPM 优秀生表扬典礼 (山打根 6 日讯) 双修中学于6月6日举办2023年度SPM优秀生表扬典礼。本校 共有 63 名在2023年的SPM获得 7A 及以上并取得 GPI 2.00 及以下成绩的优秀生。他们在家长和家人的陪同下,在学校理事会、家教协会、学校管理人员、教师和2023 年中五毕业生的见证下,在学校展馆参与 2023 年 SPM 表扬典礼。颁奖仪式开始前,校长郭志远在致辞时向全体出席者简介学校的学业成就。总体而言,所有科目取得全A的学生人数明显增加,与2022年SPM的16名学生相比,增加了12名学生,2023年为28名学生。有资格获得证书的学生人数( LMS)也从2022年的244名学生增加到2023年的250名学生。获得7A及以上成绩的学生人数也从2023年上一届SPM的46名学生增加到54名学生。这个数字鼓舞该校教育工作者,进而提高今年本校的成绩。 学校特别向所有优秀学生送上祝愿和祝贺。愿这种卓越表现不止于此,从现在起无论您身在何处,都将继续发光发热。 “双修长青,齐心迈进” P01
|