SM SUNG SIEW (CF) - MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2024 【2024年科学及数学周】
04/07/2024 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学
**Ringkasan Laporan Minggu Sains dan Matematik 2024**
Minggu Sains dan Matematik adalah program tahunan anjuran Bidang Sains dan Matematik bersama pelbagai panitia subjek. Program ini berlangsung dari 1 hingga 4 Julai 2024, bermula dengan Majlis Perasmian pada 1 Julai untuk murid senior dan pada 2 Julai untuk murid junior, serta berakhir dengan Majlis Penyampaian Hadiah pada 18 Julai di Dewan Bacaan.
Tema tahun ini ialah "SOARING HIGH WITH STEM", dengan tujuan menarik minat murid terhadap Sains dan Matematik melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dari 1 hingga 4 Julai 2024. Aktiviti-aktiviti tersebut dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan guru.
Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan ramai murid menyertai aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam Sains dan Matematik berkaitan STEM.
Penghargaan diberikan kepada Encik Kwok Chee Yen, Pengetua SM Sung Siew (CF), barisan Penolong Kanan, ketua panitia, AJK guru dan murid, pembantu makmal, serta semua guru yang terlibat.
**2024年科学与数学周报告摘要**
科学与数学周是由科学与数学领域与各个科目委员会共同组织的年度项目。该项目于2024年7月1日至4日举行,始于7月1日为高年级学生举行的开幕仪式,以及7月2日为低年级学生举行的开幕仪式,并于7月18日在阅览室举行的颁奖仪式结束。
今年的主题是“SOARING HIGH WITH STEM”,目的是通过2024年7月1日至4日进行的各种活动来吸引学生对科学与数学的兴趣。这些活动在老师的指导下由学生执行。
该项目成功实现了其目标,许多学生积极参与了有趣且有益的活动,提高了他们在与STEM相关的科学与数学方面的知识和技能。
感谢双修中学的校长郭志恩先生、副校长团队、各科目委员会负责人、教师与学生委员会成员、实验室助理以及所有直接或间接参与该项目的教师。
双修长青,齐心迈进
(T04)
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |